Monday, January 9, 2012

Kalau nak wish Happy New Year Sekarang kena carut tak?

Happy New Year U olssss! Happy New Year!! Walaupun agak jadah wish Happy New Year pada hari kesepuluh tapi aku rasa masih boleh masuk akal. Itu pon untung aku nak wish jadi jangan dipersoalkan lagi. Huehue. Azam tahun baru adalah untuk menjadi lebih cantik dan adorable. Ye ye aku tahu aku memang dah cantik tapi aku mahu lebih cantik. Kahkahkah. Anggap je bukan aku yang type entry ni.Tak, sebenarnye aku nak mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Takde lah sebelum ni aku jenis kaki togok ke smoker ke oh tidak-tidak begitu ye kawan-kawan. Maksud aku, nak lebih jaga kesihatan macam banyak minum air masak, makan buah, tidur awal walaupun sekarang dah pukul 11.30 tapi tak tidur lagi. T_T, banyak exercise dan macam-macam lah yang boleh buat aku lebih sihat. Aku kagum betul dengan azam aku tahun ni, tapi korang tak tau sebenarnye aku terpaksa buat azam macam ni akibat tahap kebuncitan perut yang tak dapat disorokkan lagi. Aku mula-mula macam nak redha je dengan kejadian alam ni tapi tak boleh tak boleh. Saya mampu mengubahnya!So, wish me luck!Saya mahu pinggang 24cm!24cm!24cm!

Sebenarnya banyak lagi azam lain yang tak boleh cerita dekat sini sebab nanti orang cakap gua sembang lebat pulak. Lagi satu takut malu kalau tak tercapai jadi ingatkan diri sendirik dan telan je sorang-sorang azam iteww.
Oh, nak cerita perubahan semester ni adalah :

1. Dapat bilik baru. Floor 2 tapi aku suka sebab boleh exercise. Yeay!
2. Dapat roomate baru iaitu Miss Bestfriend, Ismah Aina! Yeay!Yeay!Yeay!
3. Dapat semua lecturer lelaki yang hensem kecuali Mr. Ong. Hahahaha.      Jahat!Jahat!
4. Sem ni akan start praktikal kat sekolah. U la la la!

Hey, minggu depan kite nak pergi Sabah! Update later ok!

Thursday, December 15, 2011

Sepatutnya ini adalah entry yang sedih.

Ok, Hari Jumaat lepas mak dapat phone call dari kakak aku. Die cakap my atok dekat Kulai masuk hospital sebab jatuh motor waktu nak pergi masjid. Memang tragis la cara atok jatuh. Rumah atok tu macam berbukit ok so kalau nak ke jalan besar kene naik bukit sikit but then enjin motor termati atas bukit so atok terundur ke belakang and of course terbalik kat situ. Motor hempap beliau and and and yang paling tragis kepala terhantuk kat batu kalau tak silap. Menurut cerita Mak Ude aku yang berada di tempat kejadian, darah memancut-mancut dari kepala and then atok pengsan!Aku pon turut nak pengsan mendengarnye. So, mak aku dah gelabah nangis-nangis malam tu but since my abah tak boleh drive malam dah sekarang kami kene tunggu pagi esoknye baru boleh gerak. Jadi, pagi-pagi sabtu tu lepas subuh terus cabut ke Kulai and atok dah stabil waktu tu. Alhamdulillah! Actually, kami dah plan nak buat family day on this christmas day but tibe-tibe semua dah berkumpul kat Johor. So? HAHAHAHA. Kite tinggalkan atok kat hospital sekejappppppppppppp je sebab nak pergi makan besar. Jahat gile kot. KihKihKih. Tapi bukan saje-saje pergi makan, actually nak celebrate birthday baby Nuha and anniversary parents die sekali. Penat type bhai!!Pergi layan gambar jauh-jauh sane!






And, they live happily ever after :)

Wednesday, November 30, 2011

Aku kalau cuti, memang benar-benar bercuti.

Aku kalau orang suruh belajar, aku tak belajar benar-benar. Kalau orang suruh buat kerja, aku tak buat benar-benar. Tapi kalau bagi cuti, memang aku benar-benar bercuti. Harap maklong. Mase on9 pon kite kene cutikan. Lagipon broadband masih terbengkalai dalam pensil box. Huehuehue. So, cuti sem kali ni, aku duduk rumah goyang kepala sambil ambik lesen kereta. Tadi baru pass ujian statik dengan markah 49 you olssss. clap.clap.clap.Mintak-mintak test JPJ nanti pon pass. Mari menadah tangan ke hadrat Illahi dan mendoakan kejayaan aku di dunia dan akhirat! Happy Holiday IPG-ians. *Jadah ape dah 2 minggu cuti baru nak wish? 

Sunday, November 13, 2011

Aidiladha yang Basi.

Memang macam ni lah perangai perempuan ni. Dah berzaman punye cerita baru nak update, Habes tu, BB gua dah kena terminated lu orang tak nak bayarkan sape suruh! Ok, plan memang dah lame buat yang Aidiladha tahun ni family kitorang nak sambut dekat Putrajaya. Motif? Mak nak pergi Open House rumah Najib lah wei. Family aku memang biru. Harap maklong.

Tapi,tapi,tapi....Pak Jib kita pergi Haji tahun ni kan. Dah tu, tukar plan? No,No,No. Kite teruskan...saya putar Halim!!!! Pagi-pagi raya tu pergi sembahyang sunat Aidiladha dekat Masjid Sultan Mizan. Tapi tak ramai orang sangat eh, maybe orang balik kampung lah kan. Yang meramaikan masjid adalah foreigners. Then, balik rumah makan-makan. Semua orang macam takde mood ambek gambar raya. Ini adalah sangat menghairankan kerana umum mengetahui adik beradik aku adalah penyawan gambar yang tegar. Jadi, takde gambar pakai baju raya lah. :(

Dah petang-petang sikit, sebab takde aktiviti yang menarik masing-masing membawa haluan masing-masing. Maksudnye bukan bercerai beramai-ramai atau memutuskan hubungan silaturahhim. Cuma ada separuh pergi shopping langsir dekat Nilai 3. Ehem, itu  golongan orang baru beli rumah la tu. Ada separuh pergi tengok wayang dan warga tua menjaga rumah. Jadi, anda berada dalam golongan mana? A. Golongan Nilai 3. B. Golongan tengok wayang. C. Golongan warga tua penjaga rumah?? Ermmmmmmmmm. Saya pilih D untuk bukan semua jawapan dia atas!!!!! Yeayyy! Betol! Score!





Maka kami warga belia muda mudi telah melayang Basking Robing di petang Aidiladha. Alamanda never alone lah. Petang raya pon ramai bershopping disitu. Jadah betul. Terima kasih kepada Future Brother In-law yang belanja. Lu memang brader lah bhai! Balik rumah bawak mak abah keluar  lepak maple pulak pekena roti canai di petang hari. 


After Maghrib & Isyak, semua orang telah pulang ke sarang. Jadi, kami telah bersepakat membawa berkat untuk berkaraoke kat Alamanda. Mane lagi nak cari port best kat Putrajaya ni? Balik-balik situlah jugek. Abah macam biase lah tak nak keluar malam. Abah gua kan ayu-ayu gitu sebab tu menurun kat anak die. Pfttttt. Tapi mak berjaya dipujuk dan akhirnya beliau..... ikut! Amazing ok, amazing!




Adam & Pak Ude terlebih gelek.







Lepas semua dah bajet best feeling artis kita balik lah pulak kan. Oh, sebelum tu lepak maple lagi. Maple tu pon dah bosan tengok muke haku asyik lepak kedai die je. Huehuehue. Balik rumah terus kroih kroih tak sedar diri. Terjaga bangun pagi sebab ada orang menjerit " Bangunlah sembahyang Subuh!!! Amboiiiii..berkaraoke sampai pukul dua pagi dah liat nak bangun sembahyang yeeeeeee!". Sekian.

Tuesday, November 1, 2011

Yang Rawak-Rawak Saja

Sungguhlah takde idea nak update blog sekarang. Maybe sebab hati tak begitu gembira jadi tangan pon tak gembira nak taip cerita. Haaa..minggu depan aku boleh update cerita sebab minggu depan adalah Hari Raya Aidiladha! Bile raya ada family gathering, bile ade family gathering ada gembira, bile  ada gembira ada feel nak update blog. Begituuuuuu.

Ehhhh, tapi baik aku update cerita cuti minggu lepas dok. Minggu lepas pergi konvokesyen sepupu merangkap bestfriend semenjak lahir :). Kerja aku pergi konvokesyen orang belikan bunga guna duit emak. Tu memang kegemaran utama. Time konvo sendirik mintak-mintak dapat banyak bunga jugak. Hihihi. Sungguhlah takde motif nak konvo sebab nak dapat bunga je. Habes tu orang takde boyfriend ginilah gayanye. Kalau ade boyfriend pon tak mendapat de bunga-bunga ni semua.Acane?


Agak ramai jugak yang datang dari Johor untuk celebrate konvo Nabila, my cousin ni. So, sebab konvo dekat PICC je kitorang lepak rumah angah jelah kan. Then, gerak ke PICC dalam pukul 11.a.m. Ingatkan dah nak keluar rupenyeeee lame gile kene tunggu die punye majlis. Haihhhh. terpaksa camwhore sementara tunggu die keluar dewan! Terpaksa tahu! T_T

Bersama Pakar Keyakinan Diri. HAHA






Dah dekat 2 jam meroyan kat luar tu barulah graduan-graduan itu keluar dewan. Peh, graduan tuuuuu..macam nak carik gaduh je ayat khennn.Memperkenalkan graduan pilihan pada hari ituuuuuu......




Nabila & Her Proud Parent. Gambar banyak gegar bhaiii


Tak nak pandang camera? FINE!


Tahniah!Tahniah! Aku adalah sangat cemburu sebenarnye tengok dia konvo. Aku kene tunggu 2 tahun lagi baru nak feeling best-best camni. Tapi siap dah plan dalam otak nak pakai baju, tudung apa untuk konvo. HAHA. 2 tahun lagi bhaii. 2 tahun! Menangis lah kau di situ.Malam tu  pulak kitorang gi  Puchong pulak untuk dinner kat rumah cousin emak. Die tahu ramai family dari Johor datang so dia invite kitorang pergi rumah dia. Lagipon dia baru pindah rumah baru jadi, mari kita membuat lawatan tapak.






Mak Usu & Irin Gedixx


Makanya, berakhirlah weekend yang happening! Bertemu lagi kita di weekend hadapan dengan ceritera Aidiladha! Adios....

Saturday, October 15, 2011

Mencari lelaki yang baik dan perfect adalah satu cabaran yang besar pada masa kini. Itu pandangan aku selaku perempuan. Mungkin bagi lelaki mereka juga akan menggunakan ayat yang sama cuma menukar perkataan lelaki kepada perempuan. Jadi, mungkin kita patut merumuskan  bahawa untuk mencari pasangan yang baik dan perfect  adalah satu cabaran yang besar pada masa kini. Atau lebih baik kita tanggalkan perkataan perfect itu kerana perfect membawa satu makna yang besar dan amat sukar untuk dicapai. Amboi, tak payah nak tanggal-tanggal sangat la kan. Bapak beria kau buat ayat macam tu kan. Heh!

Sebenarnya, semua orang pon ada taste masing-masing untuk pilih pasangan hidup. Apabila menginjak usia 21 tahun ni *start dah buat ayat beria die* aku tengok gaya berfikir masing-masing pon dah lain. Termasuk aku lah. Masing-masing dah nampak apa yang patot ada dan patot tak ada dalam future husband yang diidamkan. Mari kite rungkai ciri-ciri idaman lelaki masa kini.Huehuehue

BEKERJAYA

Ini PENTING! Penting sangat-sangat ye adik-adik. Tak payah lah sampai cari engineer, doktor, arkitek kan. Tu beria sangat tapi kalau dapat sujud syukur jugak lah.Maksud aku perempuan nak lelaki yang ada jaminan kewangan. Bukan untuk memenuhkan wardrobe mereka tapi untuk membesarkan anak-anak dengan keperluan sekolah yang lengkap, makanan yang bernutrisi, kehidupan yang selesa dan apa sahaja alasan yang menunjukkan perempuan ini tidak materialistik walau hakikatnya....Ehem!Tapi lelaki selalu salah paham kan. Selalu tuduh perempuan ni gile duit. Takde makna lah. Kalau kau engineer tapi kaki betina, then ada sorang lagi lelaki operator kilang tapi dahi siap lebam-lebam tanda kuat sembahyang, mesti pilih operator kilang yang dahi lebam-lebam akibat kuat sembahyang tu kan perempuan-perempuan semua? Kan korang kan?Kan? Kan? Eh, macam ramai je tak setuju. Haha!

COOL

Lelaki cool memang menjadi idaman tau. Bayangkan kau pergi wedding kawan sekolah lama dengan boyfriend. Rase best sangat lah dapat tayang boyfriend depan kawan-kawan. Tibe-tibe ex boyfriend waktu di bangku sekolah muncul dan kawan-kawan sakat korang dengan mengimbau kenangan lalu. Boyfriend kau terus tarik tangan kau balik rumah on the spot. Seronok? Benci kan dapat boyfriend macam tu? Cool boleh tak? Buat biasa jelah dok. Kau dah jadi boyfriend dia dah pon masalah sekarang, nak rasa insecure lagi mengapakah? In my case pulak, adik beradik aku suke bergurau kasar sebab kami memang mengamalkan prinsip hidup tidak perlulah bermanja-manja sangat asalkan kita bahagia sudah. Begituu..Jadi, lelaki yang tak cool bila family aku bergurau adalah sangat tidak cool pada pandangan mataku. Padahal family aku bukan cakap depan-depan die pon. Contoh situasi lah, akak aku ejek-ejek rambut die leper tak pacak lah kan. Then aku anggap itu joke dan cerita balik dekat die dengan excited siap gelak-gelak bagai. Tibe-tibe die sentap, emo dan akhirnya bergaduh besar! Nampak tak implikasi kalau lelaki tak cool? Nampak?Nampak?

BERILMU, BERIMAN DAN BERISTIQAMAH

Ehem. same goes to lelaki kan.Kau jahat macam mana pon mesti nak perempuan baik-baik buat bini. Same la dengan perempuan. Kitorang lagi  lah nak lelaki yang boleh jadi imam, boleh ajar anak mengaji, boleh baca doa kalau ada majlis keagamaan. Bangga wohh dapat husband macam tu. Erk,tapi kalau macam Ustaz Shauki Tahajjud Cinta tu tak pe lah. Kang senak perut  pulak. Huahuahua.Walaubagaimanapun, ada jugak perempuan yang tak suke lelaki alim. Aku pon pernah mengalami perasaan itu. Rase macam hek eleh mesti boring gile. Mesti tak boleh pakai ketat sikit, mesti tak boleh dating tengok wayang, mesti tak boleh nak ringan-ringan..erk. Tipu-tipu.Tapi tu zaman jahiliyyah aaa kan. Alah, kau dulu zaman sekolah pon tak suke geng-geng surau. nak layan geng-geng sport je kan. Kan.Semangat buat-buat gi jogging petang-petang sebab nak tengok budak lelaki practice bola sepak. Geng-geng surau on the way nak pergi azan kau pandang sebelah mata je.Pftttt.

Dah,,cukup. 3 point je setakat ni. Otak tak boleh berfungsi sebab sekarang tengah takde nafsu kat lelaki. HAHA!



Sunday, October 9, 2011

Membenci? Tapi Mengapa?

Mengapa tajuk entri kau membencikan ini wahai Rohaidah Jamal? Tak mengapalah. Bukankah ini blog aku dan  bukan blog abah kau? Bukankah?Bukankah?Bukankah?Cukup. Korang pernah membenci dan dibenci? Amboi manja sangat soalan tuuuuu. Aku pernah. Bukan pernah sebenarnya. Selalu. KahKahKah. Adakah aku kelihatan mengisahinya? Tidak kawan-kawan sekalian. Aku tidak mengisahinya punnnnn.

Kawan-kawan dan Musuh-musuh sekalian,

Membenci orang yang tidak pernah kau kenali adalah perbuatan keji lagi terkutuk di sisi kiri dan kanan. Itu jude-MENTAL namanya ye wahai pembaca sekalian. Dan orang sebegini sangatlah kelakar pada pandangan mataku. Kau tak kenal, tapi kau membenci orang tanpa usul periksa. Sepatutnya kau periksa dahulu sama ada mulut beliau lebih busuk dari mulut kau atau tidak, boyfriend beliau lebih hensem dari boyfriend kau atau tidak, Friend list Fb beliau lebih ramai dari kau atau tidak dan pelbagai persoalan lain barulah kau layak untuk membenci seseorang individu itu. 

Sebagaimana pengalaman yang pernah penulis lalui * Tibe-tibe tukar ganti nama penjadi PENULIS. Ulang balik. Sebagaimana pengalaman yang pernah penulis lalui, tuduhan sebagai feremfuan gewwdix, kepochi,perempuan cantik tapi kepoh seolah-olah mengekori diri penulis semenjak di bangku sekolah tadika lagi. Semenjak dari tadika memang sudah pandai memekakkan telinga dengan segala tuduhan sebegitu. Mengapa penulis begitu kuat dan tabah menghadapinya? Kerana penulis sedar, bahawa segala gelaran itu bukanlah satu tuduhan tetapi satu kebenaran. HAHAHAHAHA.*Tak lawak pon.

OK, begini. Apa yang aku cuba sampaikan ialah :

  • Macam mana kau cuba dan berusaha sekalipun, kau tak kan dapat memuaskan hati semua orang.
  • Kau takkan tahu kebaikan dan keburukan seseorang kalau kau tak berkawan dengan dia.
  • Semua orang ada keburukan dan kebaikan dan kalau kau memang kawan yang baik kau akan terima kawan kau no matter what.
  • Kalau seseorang itu cuba menjadi diri sendiri, biarkan dia. Sekurang-kurangnya dia tak split personality. KahKahKah. Aku perli seseorang niii.
  • Jangan judge orang sesuka hati kau sahaja. 
  • Seorang yang kau benci, 10 orang membenci kau dihadapan belakang atas dan bawah. *Semut pon benci kau. Booooooo!
  • Kalau kau tak kawan dengan aku mungkin kau rasa aku annoying sebab aku suke membingit tapi kalau kau dah kawan dengan aku kau akan rasa lebih annoying. HAHAHA
  • Kalau tak nak kawan tak mengapa, mari kita kahwin sahaja. * Ini untuk seseorang sahaja. Macam setan buat ayat camni.
P/S: Sebenarnya aku pon ada benci orang yang aku tak kenal. Huehuehuehue.

Yang Benar,

Budak Inensen

She is annoying yet kind-hearted. Believe me bebi.HAHAHA





Wednesday, October 5, 2011

Hello dearies...gile oh malas betul nak update sekarang. Nampak tak update seminggu sekali je? Maklum la kan kalau dah saing-saing PM ni memang susah sikit nak luangkan masa. BAHAHA.Ok, semenjak dua menjak ni hati aku macam panasss je bila ade orang perli-perli belakang kan. Kenapa? Penakut kan main perli-perli je?BAHAHA.Kalau tak tahu cerita kau tutup je mulut kau .Sebenarnye ramai yang buat perangai taik macam ni tapi sorang perempuan ni memang BIKIN PANAS.At first aku cuba sabar tapi sebab kau dah beria sangat meh la aku dedahkan kebangkaian mulut kau..

Situasi 1
Pompuan tu  : Ayda, kau mengajar budak cacat eh?

Aku             : Tak baik la panggil budak cacat.

Pompuan tu : HAHAHA. Kau belajar bahasa isyarat la
(*siap buat gaya budak bisu.Memang real..sebab dia yang cacat.haha)

Aku: Tak la wei..Aku ajar budak down syndrome, autisma and blablabla.*malas cite panjang sebab budak bodoh cam die bukan paham pon.

Lepas aku cakap macam tu lagi bantai la die buat muke.Banyak lagi ayat-ayat die yang menyakitkan hati lepas tu tapi aku buat tak dengar je. Aku dengan kawan-kawan yang ambik Major Pendidikan Khas memang dah masak dengan perangai orang macam ni.Actually diorang tak tahu apa yang cikgu pendidikan khas buat.Main sedap judge ingat kitorang penjaga budak semata-mata. Aku nak cakap la kan, almost 3 tahun aku belajar bidang ni, tak ade sorang pon lecturer, tak de sorang pon cikgu yang panggil budak-budak pendidikan khas as BUDAK CACAT. Kitorang gunakan term yang lebih berhalus like 'kurang upaya'. Kitorang tak pernah explain kat parents like" anak puan ni lembab sikit". That is cruel. Tapi kitorang akan cakap " Perkembangan anak puan merosot sikit, maybe ada masalah ke kat rumah?".Begituu kekdahnye. Dan siapa kau yang nak judge ciptaan tuhan?Oh, lupe nak mention.Pompuan mulut bangkai ni bakal nurse, tapi kepala otak macam minah kilang.Padahal die mesti la belajar jugak term-term yang sesuai kan sebab children with disabilities ni banyak masalah kesihatan jugak.And as n nurse, she should know, right?








p/s : Ni entry aku type tahun lepas kot. Tapi aku tak publish sampai sekarang. Dah takde idea so aku publish je lah ye. 

Wordless Wednesday 2#

Assalamualaikum W.B.T

Wordless Wednesday hari ni memang mintak penyepak kawan-kawan la. Hari ni aku bagitahu mereka favourite song aku time karaoke. Terus dipandang sepi. Cis, takpe yang penting kau umpama kupu-kupu hiasan dindingku. Huehuehue








































 
Kabut Serangkai Mawar by Zaiton Sameon. KahKahKah. Memang kena kutuk 7 keturunan. 

Sunday, September 18, 2011

Kite rindu.rindu.rindu.

Ya Allah...rindunye! Rasa nak menitik air mata sebab rindu sangat dekat emak. Demi Allah rindu serindu rindunya. Padahal baru je sampai bilik petang tadi after cuti 1 Malaysia 3 hari. Maybe sebab campur  badan tak sihat nak demam, badan weak so emosi mengada-ngada sikit. Huehuehue. Duduk kat rumah 8 tahun pon belum tentu puas kan bila ada mak. Pernah tak rasa apa aku rasa sekarang. Rasa macam nak terbang balik rumah sekarang! Nak Balik!Lepas ni ada cuti seminggu hujung bulan 10 je. Lambattt sangat lagi. kan?Kan? So, rase-rase macam nak balik jugak sebelum cuti seminggu tu. Bukan jauh pon. 3 jam jeee :) Tak pon, kalau Rafidah Jamal yang cantekkk tu baca entry ni, boleh tak saya nak balik rumah awak minggu ni? Sebab mak ada kat rumah awak kan? Tapi awak kena jemput saya kat Seri Puteri lah. Then belikan tiket balik Melaka. Naik kat Kulai boleh ke? Ke tak boleh? Dah lah nak sambung nangis. Bai


Mak yang sangat sangat sangat dirindui
Mak & abah telah berjaya mengahasilkan anak yang super gembeng. Tahniah!

Esok ada camping dekat Pontian sampai hari Khamis. Semoga ada tempat untuk charge telefon. Bateri dahlah kong sekarang. Nanti tak dapat telefon mak hari-hari. T_______T